Assalamualaikum wbt.
Hari ni hari Jumaat. Sepatutnya sekarang ni JBA tengah bertungkus lumus menyiapkan diri untuk balik ke rumah dengan gigih. Tapi tidak untuk petang ini. Phewww, last entry JBA ada kata yang minggu ni ngan minggu depan JBA ada exam, kan? So, that's the reason, why I still lay down on my bed with soft toys, magazines, hand phones, novels, sudoku, and BOOKS. *rolling eyes. Dekat Google Chrome pulak banyak beno tabs yang dibukak. Nota? Teeetttt! Salah. Wajiblah, berblogwalking. *head-banging.
![]() |
| Berangan lah aku kalau dekat IPG ni ada katil cenggini. Gambar ni just nak tunjuk tahap keserabutan katil macam tuannya. |
Benda-benda tu semua, dari soft-toys sampailah ke sudoku, kira macam starter JBA sebelum study. Contoh, kalau JBA tak main sudoku, tiba tiba terus bukak buku, rasa macam tak lengkap hidup ni, atau kalau JBA tak layan movie atau citer kartun barang seround dua sebelum study, rasa macam otak tak jalan. Benda-benda tu macam kalau kita naik kereta, kita start enjin, then panaskan enjin kejap sebelum gerak kan? Haaaa. macam tu lah JBA ni.
Nak citer kat sini sebenarnya, yang tadi kan JBA blogwalking blog pakngah JBA. (pakngah?) Kalau ikut pangkat memang lah dia tahap pakcik yang perasan hensem dan JBA ni anak sedara dia yang comel. (comel?) Tapi, kalau sembang kencang dalam skype, taram 'aku kau' je. Takdenye nak berhemah. Lagipun, kiteorang sebaya okay. Kalau buat lawak pun, mesti JBA yang sakit hati. Tapi, kalau masuk part sesi kaunseling percuma tanpa subsidi, haaaa. amik kau! Jenuh tahan mata ni baca setiap baris ayat. JBA ingat, orang yang nak jadi engineer tak pandai membebel, tapi yelah kan, dah ada mulut takkan nak senyap je. Senang citer, kadang kadang JBA kalah jugak dengan tahap kerakusan, kesengalan, dan kelajuan dia berkata-kata. Kadang kadang tu kelaut je. Macam takde kaitan pun ada jugak dengan topik yang kiteorang sembangkan. Tapi layan je lah. Kang kecik hati pulak. Ahaks! ;) Banyak jugak lah citer dia kat German tu yang dah berkepuk-kepuk tak sempat nak baca. Tup-tup bila bukak blog dia tadi, haaaa. tanjat boboi *tagline dia. bila tengok dia dah potong rambut. Komen: Kemas dan smart! Takdelah serabai semacam. Ahaks!
Eh? Entri ni pasal apa sebenarnya? (-_-'') Nampak tak, betapa kelautnya JBA gara gara ada 3 papers more to go? Haaa. Takpe, ni pun salah satu starter JBA. Okaynakstudybye!
notatampal: Tiada istilah suka dan rela ketika study, melainkan terpaksa dan last minute! -anonymous >_<
JBA: Panasnye la hai potang ni. Pencairan otak tahap takat lebur yang maksima! Ya Allah, mudahkanlah urusanku ketika menuntut ilmu. Eh, baju tak basuh lagi! ;)



